Jumaat, 21 Oktober 2011

zara ku sayang

salam semua...
today baru tergerak hati nak buat blog setelah ramai di antara kawan2 ada blog sendiri...

tajuknya berkenaan dgn budak bertuah pengarang jantung hati aku...zara qistina binti muhamad azwan. tanggal 01 oct 2010 jam 6.57pg lahir kedunia dgn badan yg montok mata yang cepet kulit yg merah. syukur akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg cukup sifat melalui kaedah pembedahan. lama rasenye aku dok terperuk dlm bilik bedah tu. tak sabar rasenye aku nak peluk cium bayi ku yg baru kulahirkan tadi. sob sob sob....
lebih kurang 2 jam jugakla aku di bilik bedah. bila selesai segalanya aku dan bayi balik ke wad tp aku tidak dibenarkan bgn selama 6 jam. makan dan minum pun kene mula dgn air kosong dulu. itu tidak menjd masalah pd aku tp yg jd masalah mcm mana aku nk susukan baby? syukurla selama lebih kurang 6 jam baby tak menangis minta susu. setelah aku habis tempoh berbaring aku mula menyusukan baby. tenang hati melihatnya. dia pun pandai menghisap. segalanya lancar sehinggalah.
..
hari ke3 usia zara. pukul 1 pg zara menangis ku sumbat dgn breast dia tak mau..mlm td mukanye macam kuning jd doktor bubuh zara bwh lampu biru...tgh malam ni dia menangis kuat...tgn n kakinye menyentak2. aku panik dan ku panggil nurse. zara dibawa lekas je bilik prosuder. air mataku dah mula melimpah2 dr mata ini. oksigen zara makin kurang. doktor pakar menyoal aku. 'tak bagi susu bdn ke?' aku jawab 'bagi dia isap ok' doktor nk tgk jadi aku picit breast aku keluarla air berbintik2 pada niple aku doktor kata 'mak ini bukan susu klu susu kita picit memancut2' ya Allah manala aku tahu. inilah baru pengalaman aku melahirkan anak. aku semakin ilang pertimbangan bila doktor kata zara terpaksa dibawa duduk dlm akubator dan dibawa ke wad NICU. aku menghantar zara dgn pandangan yg kabur. mata zara memandang lesu pd wajahku.menyatakan bahawa dia dlm kesakitan. ya Allah sesungguhnya hanya kau yg tahu perasaan ku pada ketika itu rasa dunia gelap aku rasa macam nak jadi gila. air mata menemani aku sepanjang malam tu.bermulala episod kisah seorang ibu baru dan anaknye....
sob sob sob :o(
to be continued...